~berkorban demi cinta~
Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini
Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu
Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang
Semoga?
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan
Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi
Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya
CINTA...
ya, ramai manusia merasakn diri mereka lengkap dengan perasaan itu.. hati ini rasa dimiliki dan memiliki.. saat cinta berputik, dirasakn seperti semua yg ada kt dunia nie, diri sendiri yg punya.. sehingga lupa, sehingga leka bahawa sebenarnya setiap apa yang dibekal oleh Allah itu hanya pinjaman sahaja. xlama pun.. perasaan cinta itu satu anugerah.. mcm yg sy ckp td, semua yg kita rasa kini semua milik Allah.. Dia mampu memberi dan menarik apa yg dipinjamkn tu bila2 masa sahaja. memang, memang hati akn rasa gembira yang amat apabila rasa itu hadir utk diri kita.. tapi, cinta manusia ni....xkekal lama.. lantas, apabila rasa itu sudah tiada lagi, kita sedih bukan kepalang..! terus tersungkur dan tersasar jauh dari landasan yang sebenar. sesiapa yg punya ilmu di dada, insyaAllah akn tersedar dari lamunan yg pnjg itu.. tapi, bg mereka yg jahil? merekan akn berterusan menyalahkan takdir.. itulah manusia..
manusia2... lidahmu kata cinta.. tapi mana buktinya? mengapa nafsu masih lagi merajai jiwa? huh...manusia2.. mudah benar melafazkan cinta..namun, mengapa perit benar untuk melakukan pengorbanan tnda bukti cinta tersebut...? bukankah kita sudah berjanji hidup ini hanya utk Dia, maka buktikanlah..!
Cinta Ibrahim pada Allah diuji dengan anak yang dicintai, tanpa ragu perintah Allah dipenuhi, lantaran cinta pada-Nya tak berbelah bagi. Cinta Ismail pada Dia diuji dengan nyawa, tanpa lengah menyerahkan jiwa, asalkan di sisi-Nya ada redha.
Cinta Rasulullah pada Allah, cinta baginda pada ummah, cinta teragung sepanjang sejarah, kerana cintanya mengharung mehnah, kerana cintanya bermandi darah, kerana cintanya segala diserah..
yaAllah..penuhi dan hiasilah hati-hati kami dengan rasa cinta kepada-Mu.. jadikanlah dalam hati kami ini hanya Kau yg kami cintai.. tidak kira apa pun yang terjadi, kami tetap memilihmu sebagai cinta yg abadi, cinta yg hakiki.. yaAllah, cintakanlah kami kepada insan yang mencintaimu. tautkanlah hati-hati kami.. supaya dengannya bertambahlah cinta kami kepada-Mu..
Comments