CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 22, 2011

.::berakhir sudah penantian::.


assalamualaikum sahabat2..!!


haa.. first time tgk tajuk tu msti tertanya2 apa yang saya tunggu tu kan.. haha.. jangan salah sangka dan jangan fikir bukan2.. sebenarnya, sabar menanti result exam la.. katanya 20 disember 2011 result akan keluar.. tunggu punya tunggu, xde pun.. frust..




tapi, 22 disember 2011, keluar jugak result kan.. sama macam budak PMR la..hehe.. perasaan tunggu result ni, sama dengan perasaan tunggu result PMR dulu.. tp, perasaan time dapat result ni, xsama mcm dapat result PMR dulu.. kalau dulu, menangis sbb gembira.. straight A kot.sape yang tak nangis kan..? sekarang x nangis dah.. sbb xdpt 4 flat.. huhu..




tp, whatever it is, tetap bersyukur. inilah hasil usaha selama satu semester berada di bumi ipsah. apa yang kita usaha, yang tu la kita dapat kan..?



syukur, Alhamdulillah. Allah itu punya bermacam cara nak menguji manusia kn? contohnya sekarang ni la.. result yang baik tu ujian, result yang x berapa nak baik pun ujian.. kn? so, siapa2 yang pass with flying colours tu, jangan lupa diri tau..! jangan mendabik dada. hari ini kita di atas dan siapa tahu esok2 kita berada dibawah pulak.. and siapa2 yang not really pass with flying colours tu, jangan bersedih.. sebab, gagal sekali tak bermakna akan gagal selama-lamanya kn..? just berusaha...!! insyaAllah. Allah pasti akan membalas semua usaha yang kita lakukan itu. =)

last, but not least aku tetap bersyukur dengan result aku ni. yang pasti, aku akan terus berusaha..!



yaAllah, berilah aku kekuatan. supaya dengan kekuatan itu, aku mampu berdiri teguh walaupun ujian di kiri dan kanan. yaAllah, berilah aku kesihatan yang baik. supaya dengannya aku mampu menuntut ilmuMu.. seterusnya dapat memanfaatkan ilmu itu untuk mendidik anak bangsa ku kelak.. terima kasih yaAllah dengan apa yang aku terima hari ini, terima kasih untuk semua nikmat kesihatan, kesenangan yang kau beri. meski aku sering lalai, sering leka akan perintahMu, kau tetap mengurniakan aku dengan nikmat yang banyak.. T__T

syukur, Alhamdulillah..



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Monday, September 5, 2011

.::PBS SEMESTER 2::.

assalamualaikum shbt2..!

rasanya masih belum terlmbt nk ucap,


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN..!


maaf andai ada tersalah bicara...andai ada tersilap kata, andai ada tingkah yang tak kena.. mintak maaf ye.. =)


"cikgu2..! cikgu lama x kat sini..?"

"xlama..kejap je.. seminggu je.."

"alaaa..."

"kenapa..?"

"xbest la kalau cikgu dah xde.. nk blaja dgn cikgu.."


hari ni, 5 sept 2011.. bermula lah PBSku yg ke dua.. kali ni, di SK SULTAN IDRIS II, KUALA KANGSAR, PERAK.. seronok.. kali pertama berPBS di sekolah kluster.. mula2 mcm tak semangat je nak gi PBS. sbb masih dala mood raya lagi.. tapi, ini tanggungjawab.. tanggungjawab sebagai seorang pelajar.


tapi, bila dah smpai sekolah, tgk budak2.. rasa semangat lain mcm je. hari pertama ni, x banyak aktiviti yang dibuat. cuma sempat la ganti kelas kejap.. aduyaii..sangat susah untuk dikawal. kene belajar lagi ni.. huk2..


okehh..stop dulu.. bnyk lagi keje nk kena buat.. pop up tak siap lagi.. archimedian n platonic pn xmula lagi.. math dec pn xhabis buat lagii..oh tidaakk.. moga dipermudahkn segala urusan.. insyaAllah..


berusaha..!! ^_^



_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?dc8a4eb0c2987cbbc6782d9461a93807

Thursday, August 18, 2011


assalamualaikum wbt..


lama rasanya saya tak menjengah ke blog ini.. alasannya...? kekangan masa. terlalu bnyk komitmen lain yang perlu dibuat terlebih dahulu..


alhamdulillah..bersyukur sebab kte masih lagi deberi peluang untuk terus hidup.. masih lagi mampu melihat ciptaan Tuhan..masih lagi mampu menghirup udara segar di pagi hari.. dan bersyukur jugak sbb kte jumpa lagi ramadan pada kali ini.. xtahu la sama ada kte ni masih berkesempatan untuk berjumpa ramadan seterusnya ataupun tidak.. apa yang penting, tingkatkan amalan di bulan yg penuh keberkatan ni..


sedar x sedar dh nk habis fasa ke dua ramadan dh kn..? kejap je.. xsgka pulak.. next week dh boleh balik kmpung.. (suka3..!!)


ape2 pun kwan2.. ramadan yg masih berbaki ini, perlu dipenuhi dengan sebaiknya.. agar natijahnya taqwa dan memperolehi keampunan di akhir perjalanan.. =)








_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?dc8a4eb0c2987cbbc6782d9461a93807

Thursday, June 2, 2011

.::kecewa::.


"kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"



**kata2 ni diambil dari salah seorang sahabat saya. Feel free to visit his blog. Klik sini ye.. =)



tak dapat dinafikan, dalam hidup ni kita bnayak menghadapi kekecewaan. terhiris dan terluka perkara yang biasa dalam satu2 perhubungan. ada yang berselisih faham dengan sahabat sendiri, ada yang difitnah dari orang lain..macam2 lagi la.. dan semua ni memberi kekecewaan dalam hidup..


bukan itu sahaja. sudah tentu rasa kecewa itu akan hadir apabila kita tidak dapat memenuhi apa yang kita inginkan. rasa seperti kita sudah memberi komitmen yang baik sekali.tapi, apa yang kita hajati itu, tetap tak tercapai.


ada sesetengah individu yang berjaya manage kekecewaan itu dengan cara yang positif. ada juga yang tidak. kekecewaan yang dialami, dirasakan begitu berat. lantas takdir yang disalahkan. tidak seharusnya begitu. mcm kita biasa dengar, kita merancang, Allah juga merancang.dan Allah sebaik-baik perancang. Dia merupakan perancang yang terbaik sekali. apa yang diaturkan merupakan yang terbaik..


jadi, kita sebagai hambaNya jangan sesekali menyalahkan takdir. salurkanlah kekecewaan itu dengan cara yang baik. ini merupakan ujian dariNya. supaya kita sentiasa sabar dan terus bersabar. sesungguhnya, sabar itu indah..=)


ada juga yang berputus asa setelah mengalami kekcewaan. Jangan begitu..! walaupun banyak rintangan, halangan, kekangan yang dihadapi jangan sesekali kita berundur. Andai jatuh sekalipun, jangan rasa susah untuk bangun semula.. perjuangan harus diteruskan. Berusaha..!! yakinlah, Allah sentiasa bersama kita=)



Saturday, May 28, 2011

.::keikhlasan dalam bersahabat::.


ukhwah itu indah.. lagi indah jika disertakan sekali dengan keikhlasan.. yup, keikhlasan pastinya tak dapat diukur.. tapi..ad je antara kita yang menjalinkan persahabatan bukan atas dasar keikhlasan.. sebaliknya, hanya kerana inginkan sesuatu.. sedih kan bila kita dapat kawan yang macam ni..


mungkin kita akan cakap, "kenapa die x blh faham aku, seperti aku memahami die..? kenapa die x blh buat baik pada aku, seperti aku buat baik pada die..?"



come on laa.. dalam dunia ni, mcm2 jenis manusia ada.. rambut sama hitam, tapi hati lain2 kan..

jangan pernah mempersoalkan semua tu..


kita rasa kita dah faham die dengan cara yang terbaik.. kita rasa kita dah bergaul dgn die dgn cara yg terbaik.. kita rasa kita dah bantu die dengan cara yang terbaik..

tak sewajarnya kita menangisi hal seperti ini.. berfikir positiflah..!


kita kena igt, bukan kita je orang yang memberi dengan "TERBAIK". ramai lagi yang pernah memberi yang terbaik buat sahabat2 mereka. dan kita juga kena igt, kita bukan orang yang paling teruk menerima yang buruk. pasti ada lagi yang lain..


Mencari seorang teman bagaikan mencari sebutir permata dalam timbunan kaca. Bersedialah untuk dilukai. Jangan mengalah untuk terus mencari.

Wednesday, May 18, 2011

.::tiada duka yang abadi::.


Tiada duka yang abadi didunia

Tiada sepi merantaimu selamanya

Malam ‘kan berakhir, hari kan berganti

Takdir hidup kan dijalani


Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring

Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu

Namun ku percaya hati meyakini

Semua akan indah pada akhirnya


Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang

Andai bisa perbaiki segala yang terjadi

Tapi waktu tak berhenti

Tapi detik tak kembali

Harap ampunkan hamba-Mu ini


Waktu berputar rebulan dan matahari

Bunga yang mekar akan layu akan mati

Malam ‘kan berakhir, hari kan berganti

Takdir hidup kan dijalani

Tuesday, May 17, 2011

.::Cukup Cintai Dia Dalam Diam::.






cukup cintai dia dari KEJAUHAN dengan KESEDERHANAAN dan KEIKHLASAN..


kerana kita tidak tahu rencana Dia. Dia tahu yang terbaik buat kita.. pilihan Allah adalah pilihan yang terbaik..


“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )


hati manusia.. mudah sahaja berubah.. ya, mungkin hari ini kata hatinya A..esok, kata hatinya B pula.. begitu mudah manusia berubah.. jadi, biarkan DIA mengatur semuanya..hingga keindahan itu datang pada waktunya..


cukup cintai dia dari KEJAUHAN..


kerana mungkin saja dgn kehadiranku, akan menggoyahkan iman dan ketenangan yang ada. mungkin juga boleh membawa kelalaian kepada hati-hati yang terjaga..


cukup cintai dia dengan KESEDERHANAAN..


memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menambahkannya hanya akan memberi kebahagiaan kepada syaitan..


cukup cintai dia dengan penuh KEIKHLASAN..


tidak perlu merayu.. tidak perlu meminta.. sebaliknya, berusahalah ke arah yang lebih baik utk mendpatkan dia yang terbaik.


"jika benar cinta itu kerana Allah, maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah.. kerana pada hakikatnya ia berhulu daripada Allah.. dan berhilir juga hanya kepada Allah..






contohilah kisah cinta Saidina Ali dan puteri kesayangan Nabi Muhammad, srikandi berperibadi mulia, Fatimah Az-Zahrah.


Saidina Ali,memendamkan perasaan hatinya. tiada siapa pun tahu hasrat di hati.. Tertarik kepada seorang gadis..yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya..


dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”


indah bukan..?? mereka saling mencintai.. tetapi dipendamkannya kerana tak ingin cinta mereka melebihi cinta kepada Dia..


cinta itu tidak pernah meminta untuk menanti.. cinta itu indah.. jadi, titipkanlah cinta itu untuk jodohmu yang kamu sendiri tidak tahu siapa. jika dia bukan tercipta untukmu, redhalah..! kerana Tuhan pasti punya perancangan yang lebih baik..


peringatan buat diriku yang lemah ini juga..


"kita merancang, Allah merancang.. dan Allah sebaik2 perancang.."












Sunday, February 13, 2011

perlukah?? =(



menitis air mataku
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi

setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni

perlukah daku ditinggalkan
perlukah engkau melupakanku
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu




**perasaanku..?? ya, xblh deny.. aku rindukan dia.. dimana dia? tak mungkin aku yg mulakan dulu.. sahabat, walau dimana anda berada..walau apa pn jalan yg anda lalui kini, jagalah dirimu sebaik mungkin.. aku disini akn terus mendoakan kejayaan dan kesejahteraanmu.. ingtlah, aku di sini akn sentiasa mengingatimu..akn sntiasa mendamba kehadiranmu..**




yaAllah, berdosanya hambaMu ini.. aku lemah.. aku membohongimu yaAllah.. aku mengatakan aku mencintaimu..aku ingin mencintaimu.. tetapi jauh di sudut hati ini, masih lagi ad rasa sekelumit cinta utk dia yg bukan milikku.. astaghfirullah.. bantu aku yaAllah..jika dia bukan tercipta untukku, jauhkan dia dari ingatanku.. permudahkn segala urusanku.. bantu aku yaAllah.. sungguh..!! ini tidak adil buat zauj ku kelak=(

Thursday, January 27, 2011

welcome to GUNUNG JERAI..!!




assalamualaikum sahabat2..!! lama rsnye x update blog nie.. bukan apa, hidupku tersgtlah busy.. kerja bnyk sgt yg nk dibuat.. biasalah...nama pn student kn.. tggungjwb la 2.. so, kte kne jalankn tggungjwb dgn baik..!! caiyok2..!! hehe..


kali ni nk share ckit psl aktiviti IPG kami.. 15 - 16 jan yg lepas tlh diadakan Ekspedisi ke Gunung Jerai.. (ayat mcm buat laporan je)..hehe.. ekspedisi ni sbnrnye dianjurkn oleh Badan Dakwah dan Surau (BADAS) IPG kami.. So, sbg ahli why not sy join ekspidisi ni kn..?? rasa semangat sgt2 sbb sblum ni xpnh dpt peluang nk libatkan diri dlm aktiviti2 mcm nie.. kt sekolah dulu, nk berkhemah pn parents x bg.. suruh duk umah je.. sbb 2 la sy x bnyk pglmn mcm org lain kot.. huk2..


ni masa sebelum mendaki ye.. muka semuanya nmpak ceria.. xde lg nmpak penat.. masing2 excited nk menawan Gunung Jerai.. huhu





gmbr2 kt bwh ni pulak, kt dlm hutan.. masih lagi dlm pendakian ke Gunung Jerai.. lihatlah kehebatan kami..!! haha..




yg ni pulak gmbr kami masa dh smpai ke puncak.. penaaatt...!!! huhu





wlupn sy peserta terakhir yg smpai sbb bnyk kali pitam, tp sy tetap berpendapat ekspedisi ni sgt best..!! rasa mcm nk g lagi..!! haha.. tp xtau la blh join lg ke x..sbb asyik susahkn org je.. huhu.. tp bnyk bnda la tercapai lepas ekspidisi nie.. ekspidisi ni dpt mengeratkn lagi ukhwh antara kami.. sape2 yg x berapa nk kenal rakaN2 BADAS yg lain, dgn ekspidisi ni blh knl2 la.. sbb, ekspidisi ni bnr2 memerlukan smgt kerjasama antara ahli pasukan.


kami kesana bukan saje2 ye.. bnyk aktiviti yg kami plan. n semuanya terlaksana.. in fact, evrythng goes well.. sape2 yg xpnh smpai sana, better try..! sgt seronok..!! dpt melihat ciptaan Allah yg sgt agung ini.. =)