.::perpisahan berhikmah::.




UJIAN.. tanda Allah tu sayang kat kita. Dia nk dengar kita meminta, Dia nk dengar kita merintih pada Dia. Allah, tak kan pernah bebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu nk pikul, dengan sesuatu yang tak mungkin kita galas. Percayalah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah-Nya. Macam yang selalu kita dengar la, Allah merancang, kita juga merancang dan Allah itu, sebaik2 perancang. Dia tahu apa yang terbaik buat kita. Dia tahu apa yang Dia lakukan. Allah itu, tidak memberi apa yang kita mahu, tetapi Dia bagi apa yg kita perlu. Apa2 yg terjadi, semuanya berhikmah. Bersangka baiklah dengan Dia. insyaAllah, kita akan lebih mudah menerima dan memaafkan. Dengan itu, hati akan jadi bahagia. =)



Aku tidak mampu,
Untuk menaruh benci terhadapmu..
Yang aku mampu,
Mendoakan kamu di setiap sujudku..


Aku percaya,
kamu lakukan ini kerana cinta Dia,
Aku redha menerima juga kerana cinta Dia.
Kerana cinta Dia, cinta yang utama..


Perpisahan ini, perpisahan berhikmah,
Moga kau dan aku terus tabah..




“yaAllah, alangkah susah menjaga hati.. sedang ia pandangan Ilahi.. alangkah susahnya mengasuh hati. Saat dipuji, sombong menghiasi diri..saat diuji pencaci, dibenci sehingga berdendam sampai ke hati.. saat nafsu melingkari diri, rasa seperti semua perbuatan diredhai.. didiklah hatimu sebaik2nya dalam menuju kebenaran dan mencari cinta Allah, mengatasi cinta manusia..”



p/s : hati itu, Allah yang pegang. Dia boleh membolak-balikkan hati kita bila2 masa sahaja. 

Comments

Popular posts from this blog

.::keikhlasan dalam bersahabat::.

saya pelajar IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM.. =)

AFTER 5 YEARS