stop pleasing others
Assalamualaikum wbt…
Rasanya sudah lama tak jenguk2 ke blog ni. And everytime saya
update blog ni, saya akn bagitau betapa lamanya tak update blog. Haha.. mcm
biasa, busy busy and busy. Of course, sekarang laaaaaagi busy.
Alhamdulillah summalhamdulillah. Saya berkerjaya sekarang. dah tentu,
zaman berkerjaya lagi mencabar berbanding zaman belajar dulu dulu. Betul la,
manusia tu takkan pernah puas kan.. kalau dulu masa belajar, asyik cakap “tak
sabarnyaaaaa nk kerja, nk ada duit sendiri, bla bla blaaa.” And now, bila dah
kerja “bestnya belajar. Rindu zaman belajar”. Huuu memang rindu.
Cabaran. Yes, banyak cabaran di tempat kerja. Cabaran dengan
major klien kita kt tempat kerja. Cabaran dengan rakan sejawat atau rakan
sekerja. Cakap pasal cabaran ni, mesti benda yg susah nk terima dengan diri
kita kan. Cabaran tu satu situasi yg tak pernah kita hadapi sebelum ni, ataupun
satu situasi yang jarang kita lalui. Bila terlalu banyak cabaran ni, kadang2
ada orang yang fade up dengan kerja dia. Rasa mcm tak semangat nak pergi kerja,
rasa tak semangat pun nak teruskan hari2 sebagai seorang pekerja.
Cabaran. Just take it positive side la. Cabaran tu boleh mematangkan
kita. Cabaran tu boleh ajar kita jadi yang lebih baik dari orang-orang lain. Ce
habaq mai kat cek, kerja apa dlm dunia hat mudah? Takdaakk.. semua susah aihh. Semua
ada cabarannya. (kan dah keluaq loghat kedah cekk). Yang penting, bila kita hadapi sesuatu yang kita
rasa berat, kuncinya DOA dan SABAR. Doa supaya kita kuat utk hadapi semua
masalah yang melanda. Doa supaya kita sentiasa jadi yang terbaik. Doa supaya
kita jangan jadi pekerja yang suka sgt dengki kt orang. Sabar dengan segala
kerenah org sekeliling kita. Sabar dengan semua situasi yang berlaku. Biaq org
buat kita, jangan kita buat org.. arasso?? =)
Ingat, jgn pernah merasa terbeban. Semua masalah, semua dugaan
yang menimpa kita adalah untuk menaikkan martabat kita di sisiNya. Allah takkan
sia siakan pengorbanan kita, Allah takkan sia siakan kesabaran kita. insyaAllah
akan ada kejayaan di hujungnya.. ingat, dlm surah AlBaqarah, Allah dah ingatkan
kita, Allah takkan membebani kita, di luar kemampuan kita. Sayangnya Allah kat
kita kan.
Alhamdulillah, perkongsian ni untuk awak dan untuk saya juga. Terkadang
hati pun terluka dengan kerenah manusia. Tapi siapalah kita yg juga manusia nk hukum
dan hakimi orang lain. Biarlah. Kalau kita memang dah ada di jalan yang benar,
jangan takut. Teruskan saja and stop pleasing others. Hiduplah untuk Allah. Syukran
=)
~May Allah ease everything
~Laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzallimin <3 o:p="">
Comments