CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 17, 2011

.::Cukup Cintai Dia Dalam Diam::.






cukup cintai dia dari KEJAUHAN dengan KESEDERHANAAN dan KEIKHLASAN..


kerana kita tidak tahu rencana Dia. Dia tahu yang terbaik buat kita.. pilihan Allah adalah pilihan yang terbaik..


“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )


hati manusia.. mudah sahaja berubah.. ya, mungkin hari ini kata hatinya A..esok, kata hatinya B pula.. begitu mudah manusia berubah.. jadi, biarkan DIA mengatur semuanya..hingga keindahan itu datang pada waktunya..


cukup cintai dia dari KEJAUHAN..


kerana mungkin saja dgn kehadiranku, akan menggoyahkan iman dan ketenangan yang ada. mungkin juga boleh membawa kelalaian kepada hati-hati yang terjaga..


cukup cintai dia dengan KESEDERHANAAN..


memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menambahkannya hanya akan memberi kebahagiaan kepada syaitan..


cukup cintai dia dengan penuh KEIKHLASAN..


tidak perlu merayu.. tidak perlu meminta.. sebaliknya, berusahalah ke arah yang lebih baik utk mendpatkan dia yang terbaik.


"jika benar cinta itu kerana Allah, maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah.. kerana pada hakikatnya ia berhulu daripada Allah.. dan berhilir juga hanya kepada Allah..






contohilah kisah cinta Saidina Ali dan puteri kesayangan Nabi Muhammad, srikandi berperibadi mulia, Fatimah Az-Zahrah.


Saidina Ali,memendamkan perasaan hatinya. tiada siapa pun tahu hasrat di hati.. Tertarik kepada seorang gadis..yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya..


dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”


indah bukan..?? mereka saling mencintai.. tetapi dipendamkannya kerana tak ingin cinta mereka melebihi cinta kepada Dia..


cinta itu tidak pernah meminta untuk menanti.. cinta itu indah.. jadi, titipkanlah cinta itu untuk jodohmu yang kamu sendiri tidak tahu siapa. jika dia bukan tercipta untukmu, redhalah..! kerana Tuhan pasti punya perancangan yang lebih baik..


peringatan buat diriku yang lemah ini juga..


"kita merancang, Allah merancang.. dan Allah sebaik2 perancang.."












0 idea bernas=):