perlukah?? =(
menitis air mataku
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi
setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni
perlukah daku ditinggalkan
perlukah engkau melupakanku
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu
**perasaanku..?? ya, xblh deny.. aku rindukan dia.. dimana dia? tak mungkin aku yg mulakan dulu.. sahabat, walau dimana anda berada..walau apa pn jalan yg anda lalui kini, jagalah dirimu sebaik mungkin.. aku disini akn terus mendoakan kejayaan dan kesejahteraanmu.. ingtlah, aku di sini akn sentiasa mengingatimu..akn sntiasa mendamba kehadiranmu..**
yaAllah, berdosanya hambaMu ini.. aku lemah.. aku membohongimu yaAllah.. aku mengatakan aku mencintaimu..aku ingin mencintaimu.. tetapi jauh di sudut hati ini, masih lagi ad rasa sekelumit cinta utk dia yg bukan milikku.. astaghfirullah.. bantu aku yaAllah..jika dia bukan tercipta untukku, jauhkan dia dari ingatanku.. permudahkn segala urusanku.. bantu aku yaAllah.. sungguh..!! ini tidak adil buat zauj ku kelak=(
Comments
Pesanan rabbani buat sahabatku yang tersayang tentang CINTA ILAHI...
1) Al-Qusyairi berkata, "Rindu itu adalah kegoncangan hati utk menemui yang dicintai."
2) Yahya bin Muaz berkata, "Rindu m'hentikan segala kehendak syahwat."
3) Abu ali Ahmad al-Rudzabari menjelaskan, "Cinta adalah kesetiaan."
4) Abu Abdullah al-Qurasyi berkata, "Cinta adalah memebri segalanya tanpa tersisa."
5) Dalf al-Syibli berkata, "Cinta menghapuskan ingatan kepada yang lain."
6) Muhammad bin Ali al-Kattani mentakrifkan, "Cinta sebagai mengutamakan APA-APA YANG KITA CINTAI."
7)Aula Hayyaturrayyan pula berkata, " Cintailah ALLAH dengan sebaik mungkin selagi kita masih bernyawa kerana mungkin selepas ini merupakan detik yang terakhir kita diberi peluang untuk mencintaiNya... Hanya Dialah yang paling layak dicintai dan dirindui... Cinta manusia sememangnya melalaikan dan mengecewakan kerana dibina atas landasan yang tidak betul dan tiada ikatan yang suci untuk menghalalkan perhubungan kita di samping tiadanya redha ALLAH mengiringi... Insha ALLAH, pohonlah dan berserahlah diri kepada ALLAH pada setiap masa dalam apa jua keadaan supaya ditemukan dengan si dia, Pemilik Cintaku Selepas ALLAH dan Rasul... Amin..."
P/s: Maaf ye, byk membebel dkt sini... Pesanan ini utk saya juga dan teristimewa dari yang tersayang buat yang tersayang... ;)
WALLAHHU A'LAM...
ade pengisian yg kne pada saya, tQ~~~
ape2 pon... be strong ok...!