.::perpisahan berhikmah::.
UJIAN.. tanda Allah tu sayang kat kita. Dia nk dengar kita
meminta, Dia nk dengar kita merintih pada Dia. Allah, tak kan pernah bebankan
kita dengan sesuatu yang kita tak mampu nk pikul, dengan sesuatu yang tak
mungkin kita galas. Percayalah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah-Nya. Macam
yang selalu kita dengar la, Allah merancang, kita juga merancang dan Allah itu,
sebaik2 perancang. Dia tahu apa yang terbaik buat kita. Dia tahu apa yang Dia
lakukan. Allah itu, tidak memberi apa yang kita mahu, tetapi Dia bagi apa yg
kita perlu. Apa2 yg terjadi, semuanya berhikmah. Bersangka baiklah dengan Dia. insyaAllah,
kita akan lebih mudah menerima dan memaafkan. Dengan itu, hati akan jadi
bahagia. =)
Aku
tidak mampu,
Untuk
menaruh benci terhadapmu..
Yang
aku mampu,
Mendoakan
kamu di setiap sujudku..
Aku
percaya,
kamu
lakukan ini kerana cinta Dia,
Aku
redha menerima juga kerana cinta Dia.
Kerana
cinta Dia, cinta yang utama..
Perpisahan
ini, perpisahan berhikmah,
Moga
kau dan aku terus tabah..
“yaAllah, alangkah susah
menjaga hati.. sedang ia pandangan Ilahi.. alangkah susahnya mengasuh hati. Saat
dipuji, sombong menghiasi diri..saat diuji pencaci, dibenci sehingga berdendam
sampai ke hati.. saat nafsu melingkari diri, rasa seperti semua perbuatan
diredhai.. didiklah hatimu sebaik2nya dalam menuju kebenaran dan mencari cinta
Allah, mengatasi cinta manusia..”
p/s : hati itu, Allah yang pegang. Dia boleh
membolak-balikkan hati kita bila2 masa sahaja.
Comments