posisi tidur menurut islam dan sains..


assalamualaikum sahabat2ku..!! hehe..


comel kn budak kcik kt ats nie?? hehe.. emm..hari ni, 26 november 2010...sy nk tulis psl tidur.. ad apa dgn tidur?? hehe.. sbnrnye x terfikir pn nk tulis psl nie.. tp tbe2 nk tulis psl ni sbb sy tertengok gmbr "kwn" sy tidur meniarap..!! ish3.. sy dh ckp kt die dh.. xelok tidur meniarap.. bahaya utk kesihatan mental dan fizikal.. hehe... sy ckp kt die, nk tulis psl ni n nk upload ngn gmbr die skali..! wahh, bukan main marah die.. "putus gewe" katanya.. hehe.. tp, sy main2 je... xde la sejahat 2 kn.. huhu..


meh nk bagitau serba sedikit psl posisi tidur nie.. haa... mcm2 gaya org tidur nie.. ad yg terlentang, ad yang meniarap..ad yg mengiring.. mana satu yg bagus ye? kte akn cuba tgk gaya2 tidur yg pelbagai tu mendtgkn kemaslahatan atau tidak terhadap diri kita.. n kte akn cuba tgk dari persepektif sains dan juga dari perspektif islam.


::tidur dengan meniarap::


Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur mengiring ke kanan atau ke kiri. selain itu, majalah 'Times' juga telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.. ha, bahaya kn.. ni kita lihat dr perspektif sainsnye..


Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda berkata (yg mafhumnya berbunyi):

"Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam."

(Hr Ibnu Majah)


ha, dh jelas kn.. sudah terang lagi bersuluh...xelok tidur meniarap.. so, kepada "awak" jgn wat cm 2 ye... keh3..


::tidur dengan terlentang::


tidur begini tidak sihat.. selain memberi tekanan kepada tulang punggung, radang juga mudah dijangkiti.. hal ini demikian kerana keadaan yg terlentang tu membuatkn potential utk bernafas melalui mulut semakin tinggi.. x bagus ni.. why? sebab bernafas melalui mulut menyebabkan seseorang itu terkena selsema dan keadaan gusi menjadi kering. gusi yg kering inilah sebenarnya menjadi penyumabng kepada radang.


::tidur dengan mengiring::


posisi tidur yg begini ada dua iaitu ke kiri dan ke kanan.. em, mAna lebih baik? menurut islam, tidur posisi mengiring ke arah kanan is better than ke arah kiri.. ha, sapa yg blaja biology msti tau kn.. paru2 sebelah kiri kita lebih kecil berbanding paru2 sebelah kanan. sbb ape?? sbb, paru2 sebelah knn 2 la yg berfungsi utk mengepam dan memastikan oxyhaemoglobin (darah yg mengangkut oxygen) smpai ke semua sel2 dlm badan kita.. hmm..tiba2 tukar tajuk nie.. hoho.. indah kn ciptaan Tuhan?


ok, smbung balik.. hehe.. posisi mengiring ke kanan lebih elok kerana jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung.


so, dh tau kn posisi mana yg terbaik?? kepada "awak" boleh la tukar posisi tidur 2..hehehe.. n jgn lupa, sebelum tidur, ambil wudu'..baca doa tidur dulu.. hehe..


Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:


إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu."

(Hr Bukhari dan Muslim)




Comments

Popular posts from this blog

.::keikhlasan dalam bersahabat::.

saya pelajar IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM.. =)

.::kecewa::.