kenyataan...yg menyakitkan..


comel kn?? hehe.. em..entry kali ni psl baby.. wahaha.. sebenarnya kelahiran cahaya mata ni merupakan hal yg sntiasa dinantikn oleh pasangan2 yg sudah pun sah bergelar suami isteri.. cahaya mata ni la bukti kasih syg mereka dan dgn kehadiran cahaya matalah sesebuah rumah tangga akn menjadi lebih bahagia.. pendapat saya la.. hehe..


TETAPI...!! ada satu kenyataan yg perlu kita terima sekarang.. pembuangan bayi..!! wajarakah hal ini berlaku?? hmm...sy makin takut apabila memikirkan soal ini.. semakin lama, semakin banyak kes pembuangan bayi dilaporkan. kemana perginya kewarasan akal seseorang hingga sanggup membuang bayi yg dikandung sendiri? 9 bulan 10 hari bayi tu dikandung.. darah daging sendiri..tetapi, setelah dilahirkan dibuang merata-rata.. menjadi santapan haiwan2 liar.. masyaAllah.. apa yg sedang berlaku sekarang? ini menunjukkan bahawa kita kini sudah menolak cara hidup islam.. islam menyuruh kita kepada yang makruf.. dan menjauhkan diri dari perkara2 mungkar.. tp mengapa peringatan itu langsung tidak terkesan di hati2 kita sebagai seorang islam? peringatan ini juga buat diriku yg sering tersasar.. ampunkan dosaku yaAllah..


ada juga yg mengambil jalan mudah dengan menggugurkan kandungan.. yaAllah..xsedarkah, menggugurkan kandungan itu berdosa..! dh la berdosa..slh pulak 2 disisi undang2.. namun begitu, pengguguran ni banyak hukumnya (berdasarkan situasi)..


Hukum Menggugurkan Janin dalam keadaannya yang berbeza :

1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas

2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainya .
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.

3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.

4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama':
a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.
b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.

5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.

6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.

7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.

Allah Subhanahu wa Ta’aala sudah pun menceritakan dua bentuk pembunuhan, yang disandingkan bersama dosa induk yang menjadi puncanya.


Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang sangat besar” [al-Israa' 17: 31]


ayat di atas jelas menunjukkan bahawa pembunuhan itu kesalahan yg saaaaaangat besar.. dan pengguguran itu sebenarnya pembunuhan..!


pelbagai persoalan yg terlintas di fikiran ini... apakah ibu bapa sudah tidak mampu lagi mengawal anak2..? bukan niat dihati ingin menuding jari kepada ibu bapa.. tetapi ibu bapa sewajarnya menggunakan "kuasa veto" yg mereka ada tu..


yg ke-dua.. bagaimana agaknya nasib anak luar nikah yg dilahirkan tu? sudah pasti tidak diterima masyarakat.. kasihan bukan..??


bagaimana pula dengan kesucian nasab? keturunan bagaimana yg akn dilahirkan hasil daripada hubungan syubhah tersebut? yaAllah..semakin kita rungkai permasalahan ini, semakin sukar utk dijawab..semakin sukar utk ditangani.. akibatnya, semua fenomena yg semakin kronik ini berlarutan..


sy risau..bimbang dengan senario yg melanda ni.. bimbang kalau2 kita semua dilaknat kerana semua yg berlaku ni begitu dekat dan begitu hampir dengan kita.. na'uzubillah.. selamatkan kami yaAllah..pelihara kami dari sebarang kebinasaan didunia serta di akhirat..


so, jgn dekati hubungan yg terlarang.. bernikahlah..!! pasti akn lebih bahagia.. tutuplah ruang dan peluang yg mana boleh menyebabkan si comel dizalimi seperti ini.. ingatlah..sesungguhnya, Allah itu Maha Tahu.. Dia tahu yang terbaik utk setiap hmba2Nya.. kewajipan menutup aurat, menjaga hati dan menjaga pandangan itu, ad hikmahNya..



p/s : jika ada yg slh, harap ditegur ye..sama2 belajar=)

Comments

anamizu said…
same2 masih bljr erti sbnr kehidupan di dunia fana ini..

-insan leka di bumi pencipta-
mumumeow said…
mah....ltk la shout box....nk terjah blog mah sng ...huhu

Popular posts from this blog

.::keikhlasan dalam bersahabat::.

saya pelajar IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM.. =)

.::kecewa::.