"..toloNg siMpaN haTi sAya.."



"tolong simpan hati saya"..
lelaki yg sering berkopiah putih di kepalanya ternyata terkejut dgn kata2ku.. dia terkedu..juga terdiam.. aku juga begitu.. aku sendiri terkejut dgn apa yg aku katakan sebentar tadi. tanpa aku sedari, aku sendiri telah menunjukkan yg aku telah jatuh dihadapan seorang lelaki..
aku malu sendiri..lantas memohon utk meminta diri dari situ.. "maaf, sy minta diri dahulu.. assalamualaikum.."

aku sempat memalingkn pandanganku terhadapnya.. sungguh...!! dia masih berdiri kaku di situ.. dan aku........meneruskn langkah ku.. smbil memikirkn tingkah dan kata2ku sebentar tadi.. kdgkala aku bermonolog sendirian.. memikirkn wajar atau tidak tindakanku.. oh tidakk... aku malu sendirian.. semenjak kejadian itu, kami tidak lagi seperti dahulu.. memang kami selalu terserempak..tetapi aku terpaksa berlakon.. berlakon seperti tiada apa yg berlaku.. tetapi sebenarnya....hati ini Tuhan saja yg tahu..
hari berganti hari...bulan berganti bulan... tahun berganti tahun... hubungn kami semakin renggang..semakin jauh.. dan aku....masih lg pencinta yg sejati.. masih lg mengharapkn dirinya.. dia....seorang yg baik.. sering mengingatkn ku dikala aku lalai.. sering berada disisiku di saat aku memerlukan.. pendek kata, dia memang lelaki yg aku idamkn.. semua yg ad pdnya sudah cukup buat aku.. (yg paling penting, masih berkaca mata.. hahaha)..
mcm yg aku ckp td..hati aku masih pdnya.. aku menolak lelaki yg hadir sepanjang waktu tu.. kerana apa? kerana aku belum bersedia utk menerima selain dia.. ye, aku rasa sedih..rasa kecewa.. tp tidak mengapa..kerana aku yakin jodoh telah pn ditentukan.. cuma cepat dan lambat sahaja.. mengenai si dia..aku jarang bertemu dengannya..jarang melihat dia di kolej.. aku cuma dapat mengikuti perkembangan dari rakan muslimatnya sahaja.. tidak mengapa..cukup sekadar aku mngetahui dia baik2 sahaja..

pada suatu hari, kami terserempak di luar perpustakaan.. aku gelabah..aku malu.. aku mengalihkn pandanganku..xsnggup utk memandangnya lagi..dek tindakn ku yg agak keterlaluan itu.. kemudian, aku dengar dia memanggilku.. "hana..!".. walaupn aku tidak memalingkn muka ku, tetapi aku yakin benar dia yg memanggilku... kerana, dia sahaja yg menggunakan gelaran itu.. (sebab tu la aku x benarkn org lain memanggilku dengan nama itu).. aku melangkah dengan lebih pantas.. aku takut..aku risau.. "hana"..!! dia memanggil nama ku lagi.. dia berlari kearah ku..dan dlm masa yg singkat dia kini berada dihadapanku..

aku xmampu berkata apa2.. (buat2 senyum je la..) seperti tiada apa yg berlaku..
"assalamualaikum".. katanya.. aku menjawab salamnya..
"kemana hana menghilang? jarang sangat nmpak hana di kolej".. aku cuma menjawab seadanya dan menutup keresahan dihatiku pada saat itu.. "xpela..hana ada kelas nie.. kita sembang lain kali aje ye.. assalamualaikum.. " aku sempat memberinya senyuman..seperti tidak ada apa2 yg berlaku.. namun, rupa2nya dia lebih pantas..

"hana ingat x, hana minta sy simpan hati hana?".. aku tidak menggeleng.. tidak pula mengangguk.. "biar lah saya berterus terang.. sebenarnya, saya rasa serba salah.. sudah terlalu lama saya menyimpannya.. saya sudah tidak mahu menyimpan hati itu lagi..tetapi hajat dihati ini, ingin menyatukan dua hati itu...dan saya yakin, hati yg satu lagi itu ada pada hana.. hana masih menyimpannya bukan?".. aku terkejut..aku terkedu.. lidah ku kelu.. aku tidak mampu memberikn jawapan.. dia berlalu begitu sahaja.. meninggalkn ku terpinga2.. dia terus melangkah dan sempat memberiku senyuman yg paaaling manis..

kini....dia bakal menjadi milikku.. insyaAllah...jika tiada aral melintang, kami akan terikat dengan "pertunangan".. dan jika jodoh itu milik kami, kami akan tetap bersama hingga ke akhirnya...insyaAllah.. doakn kami bahagia.. kepada "saya", hana menerima awk seadanya...dan hana harap awk pn menerima hana seadanya..moga ikatan yg telah pn direstui kedua ibu bapa ini mendapat keberkatanNya.. ameen.. =)





Comments

nOoR aSiaH said…
d best ah.....a big clap 2 u my frenz....
siapa kah jejaka i2???

Popular posts from this blog

.::keikhlasan dalam bersahabat::.

saya pelajar IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM.. =)

.::kecewa::.